Nota

Kepelbagaian Benda Hidup 1. Benda hidup dikenali sebagai organisma. 2. Organisma terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. 3. Organisma berlainan mempunyai saiz dan bentuk yang berlainan. 4. Ciri-ciri organisma yang berbeza boleh digunakan untuk mengelaskan benda hidup. 5. Setiap benda hidup mendiami habitatnya untuk mendapatkan sumber makanan, perlindungan dan juga untuk pembiakan. (a) Mikroorganisma 1. Selain organisma yang besar, terdapat juga haiwan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Organisma ini dikenali sebagai mikroorganisma. 2. Contoh-contoh mikroorganisma ialah mukor, bakteria, amoeba, paramesium, euglena dan klamidomonas. 3. Bakteria adalah organisma yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti : i. Bentuk bulat - kokus ii. Bentuk rod - basilus iii. Bentuk bergulung - spirila 4. Mukor ialah sejenis kulat yang hidup di atas kepingan roti yang lembap. Bahagian yang penting pada mukor ialah : i. hifa - bebenang putih di atas permukaan roti. ii. miselium - jalinan hifa yang tumbuh ke dalam subtrat. iii. sporangium - struktur pembiakan yang berbentuk bulat di atas permukaan bagi menghasilkan spora. 5. Paramesium berbentuk seperti tapak kasut. Badannya diliputi bulu pendek yang dikenali sebagai silium. Silium digunakan untuk pergerakan dalam air. 6, Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia seperti yis yang digunakan dalam pembuatan roti dan penesilium yang digunakan untuk menghasilkan antibiotik penisilin. (b) Manusia 1. Manusia juga menunjukkan kepelbagaian rupa bentuk dan saiz. Mengikut kajian, tiada manusia di dunia ini yang serupa sepenuhnyang walaupun kembar seiras. 2. Ciri-ciri yang membezakan antara manusia ialah cap jari, ketinggian, berat badan, jenis rambut, warna anak mata, bentuk cuping telinga, kumpulan darah, kebolehan menggulung lidah, kebolehan membengkokkan ibu jari dan sebagainya. (c) Ciri-Ciri Am Benda Hidup 1. Semua benda hidup menunjukkan beberapa ciri yang berbeza daripada benda benda bukan hidup. 2. Ciri-ciri benda hidup ialah makan, bernafas, bergerak, bergerak balas, berkumuh, tumbesaran dan membiak.

4 comments: